Trendline Channel

TRENDLINE DAN CHANNEL

Ehem...ehem...ok, sekarang ini kita telah memasuki topik trendline dan channel dalam konteks price action.
Kepada yang membaca secara berterusan dari permulaan ( trend ) hingga ke topik ini, saya 60% yakin otak anda dah semakin tepu.Untuk mengelakkan anda hanya sekadar baca tetapi tidak dapat membuat simpanan memori di dalam medula oblatongga yakni RAM anda sudah overheating, apa kata kita tenangkan fikiran sebentar dengan video ini : 




TRENDLINE


Trendline pada asasnya digunakan untuk mengenalpasti trend pada price ( trendline = kenalspasti trend.tidakkanh ia sangat obvious?)

Syarat-syarat untuk menarik trendline
Sekiranya price menuju ke bawah ( bearish ) , trendline haruslah di tarik sejajar dengan pergerakkan price dan berada di atas price.

Jika price menuju ke atas ( bullish ) , trendline haruslah di tarik sejajar dengan pergerakkan price dan berada di bawah price.

Titik/shadow candlestick yang bersentuhan pada trendline haruslah / sekurang-kurangnya / minimum sebanyak 2 ( dua ) kali.

Penembusan yang di buat oleh price pada trendline ini adalah secara umumnya di namakan - Trendline break dan pada ketika ini perubahan arah pergerakkan price sedang dalam permulaan.

 Sekiranya price tidak dapat menembusi trendline ( sila lihat bentuk2 rejection candlestick ) , ini bermakna yang price hanya cuba untuk melakukan retracement kemudian kembali meneruskan keadaan trend.





CHANNEL

Channel adalah bersifat seperti trendline, tetapi kali ini ia mempunyai garisan bawah atau juga mempunyai garisan bawah dan tengah.

Ia dapat membantu kita untuk mengenalpasti pergerakkan price dalam satu rangkaian menaik ( bullish ) mahupun menurun ( bearish ) .

Syarat dan cara untuk menggunakan channel
Pada asasnya cara untuk membuat channel terdapat 2 cara ( dalam pengetahuan saya ).

Cara yang pertama ialah
1. Anda buat trendline seperti yang telah saya kongsikan di bahagian trendline.
2. Select trendline ( double click pada trendline )
3. Hold Ctrl ( pada keyboard ) + click dan hold pada trendline.Seterusnya anda drag (trendline yang sama posisi dan darjah akan muncul-mirror ) ke atas ( jika trendline pada price bullish ) atau ke bawah ( jika trendline pada price bearish )
4. pastikan mirro trendline itu di letakkan sama seperti syarat awal trendline iaitu titik/shadow candlestick yang bersentuhan pada trendline haruslah / sekurang-kurangnya / minimum sebanyak 2 ( dua ) kali.

Cara yang kedua
1. Gunakan indicator trendline yang telah tersedia bina di MT4 anda ( Equidistant Channel ).sekian harap maklum.





Teknik trading menggunakan Trendline Dan Channel

Trendline

1. Sila ikuti langkah2 cara menarik trendline di bahagian trendline

2. Jika price menghampiri trendline lalu terbentuk CRS, kemungkinan price mungkin hanya membuat retrace sebelum meneruskan kembali arah tuju trend.

3. Sekiranya price menembusi trendline, ini bermakna anda boleh bersedia untuk memasuki position Buy ( jika price sebelum  ini bearish ) atau Sell ( jika price sebelum ini bullish )

4. Penggabungan trendline bersama candlestick dan  Support n Resistance adalah satu teknik yang terbaik. Sekiranya price menembusi trendline, dalam masa yang sama ada pertindihan Snr disitu, di tambah dengan kehadiran CRS, maka ini menunjukkan bahawa price kemungkinan besar sangat kuat untuk menembusi trendline dan sekaligus akan menukar arah tuju trend.


Channel

1. Sila ikuti langkah2 cara membuat channel di bahagian channel.

2. Hampir sama seperti kaedah trendline tetapi kali ini anda mempunyai level garisan atas dan bawah bagi mengetahui julat pergerakkan price.Jika price menghampiri trendline channel bahagian atas (market Bearish ) lalu terbentuk CRS, kemungkinan price mungkin hanya membuat retrace sebelum meneruskan kembali arah tuju trend dan bergerak hingga ke bahagian bawah trendline channel.bacaan sebaliknya bagi market bullish.

3. Secara ringkasnya, bagi channel dalam market bearish, Buy bila price melakukan sentuhan dan terdapat rejection candlestick pada garisan bawah trendline channel ( retracement dalam market bearish ) dan Sell  bila price melakukan sentuhan dan terdapat rejection candlestick pada garisan atas trendline channel ( jump into trend ).Bacaan adalah sama  bagi market bullish di mana sell pada ketika price terkena garisan atas channel ialah ( retracement ) dan buy pada ketika price terkena garisan bawah channel ialah - jump into trend.


Ingat - sentiasa trade bersama-sama trend.Jangan lawan trend.