Jenis Trader


Terdapat pelbagai jenis trader di dunia ini.
Ada yang Gemok, yang kurus, yang tinggi...ok2...

Secara asasnya trader terbahagi kepada jenis2 berikut

1. Position trader
2. swing trader
3. intraday trader
4. Scalping trader


Bila bercakap tentang trading, sebahagian darinya kita bercakap tentang MASA.
Masa adalah salah satu perkara utama bagi membentuk siapakah dan jenis trader manakah anda.


Scalping

Sekiranya anda mempunyai banyak masa terluang, mungkin anda boleh pilih untuk menjadi seorang scalper.
Teknik Scalping memerlukan masa dan analisis yang lebih dan memerlukan anda untuk menukar bias pemahaman market dengan cepat ini kerana anda masuk dan keluar position dengan kerap dalam satu hari.Trader jenis ini menggunakan TF M1-M5-M15
Teknik ini memerlukan modal kecil atau sederhana.

Jika anda seorang yang cepat stress, mempunyai sakit jantung, tidak mampu menahan tekanan walau isteri / awek membebel pun anda dah nak mengamuk, saya cadangkan anda jangan menjadi scalper hatta anda mempunyai sepenuh masa didepan chart 24/7 sekalipun.
Percaya lah...tak lama melingkup lah akaun anda.

Trader jenis ini harus :
1. trade major pair kerana spread yang rendah
2. perlu mengetahui waktu-waktu market tengah sibuk ( pertindihan dua atau lebih market )
3. elakkan trade ketika news hampir keluar atau jangan trade 15 minit sebelum dan 30 minit selepas news.
4. menggunakan broker yang memberi spread yang rendah ( ECN akaun ) , dan membenarkan anda menutup dan membuka position tanpa sebarang syarat masa.



Intraday

Adakah anda mempunyai masa yang terluang atau tidak terikat dengan waktu kerja?
Atau anda bekerja sendiri?
Kalau Ya, saya cadangkan anda menjadi seorang intraday trader.
Secara asasnya Intraday trade ini membolehkan anda:
1. mengatahui nilai profit harian
2. mengelakkan anda dari dikenakan -ve swap ( jika anda tidak menggunakan Islamik akaun)
3. membuka dan menutup position dalam hari yang sama

Untuk intraday trader, anda perlu mengambil tahu setiap news harian yang akan di keluarkan melalui economic calendar.
Dalam trade harian ini, anda boleh menggunakan teknik "trade with trend" , retracement trade @ counter trend dan breakout ( Snr, Pivot, Chart Pattern )



Swing Trader

Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, mungkin swing trader sesuai untuk anda.
Teknik swing hanya memerlukan 30 minit hingga 1 jam atau mungkin kurang untuk anda menganalisis market sebelum membuat keputusan memasuki position.Selalunya trader jenis ini menggunakan TF H1-H4-D1
Teknik ini memerlukan modal sederhana besar.

1. Teknik ini memerlukan seorang yang penyabar.Anda mungkin akan hold position anda berhari atau cecah minggu.
2. Memerlukan SL yang besar - 100pips
3. anda tidak menggelabah sekiranya market berlawanan dengan position anda di mana anda tahu ianya hanya retracement dan akan kembali bergerak ke arah position anda ( harap2 begitu... )


Position Trader

Jika anda seoarang yang sangat sibuk, lebih sibuk dari seorang ahli politik yang mempunyai duit di dalam bank sebanyak 2.6bilion , tetapi anda ingin trade, saya cadangkan anda menjadi swing atau position trader.
Trader jenis ini menggunakan TF D1-W1-M1 .Disebabkan anda terlalu sibuk, jadi teknik ini sangat sesuai kerana ia hanya memerlukan mungkin 1 kali analisis dalam seminggu sebelum anda membuat keputusan untuk memasuki position.
Teknik ini memerlukan modal yang besar.

Melalui position trade ini :
1. anda harus fokus lebih pada fundamental analisis
2. anda akan hold position berminggu, berbulan atau tahun.
3. anda target untuk laburkan duit ke forex di mana melalui analisis teknikal dan fundamental yang anda lakukan, sekiranya position di buka selama setahun anda akan dapat lebih banyak dan berganda-ganda berbanding sekiranya anda melabur di ASB, Unit Trust, Fixed Deposit ( ini fakta , memang anda akan dapat lebih dari ASB,unit trust, FD jika kena dengan ilmu dan analisis )



Trader jenis manakah anda?
Saya sendiri adalah seorang intraday trader dan kadang bertukar menjadi scalper ( bergantung pada keadaan market )