Money Management

MONEY MANAGEMENT

Kita telah memasuki satu bab yang baru dan ketahuilah bahawa money management sangat-sangat penting dalam trading seharian.

Sebelum ini anda telah mempelajari teknikal analisis price action yang mana dapat membantu anda untuk membuat keputusan Buy atau Sell.

Melalui ilmu teknikal price action di bantu aplikasi money management yang betul, disiplin yang tinggi, percaya lah yang trading akaun anda amat susah untuk punah (MC @ margin call ) dan saya yakin ia akan membuatkan anda seorang trader yang berjaya.
Penggunaan money management yang betul sebenarnya dapat membuatkan anda lebih yakin dan tenang dalam trading anda.

Hubung kait antara yang kita dapat lihat ialah
Ilmu + MM = emosi yang stabil
Apabila emosi yang stabil tercipta, percaya lah setiap keputusan yang anda buat akan mendatangkan profit.


Ringkasan Awal :
Akaun standard - Lot
1. 0.01 = $0.10/pips
2. 0.10 = $1.00/pips
3. 1.00 = $10.00/pips
4. 10.00 = $100.00/pips
5. 100.00 = $1000.00/pips


MM % ( risiko per-trade )

1. saya cadangkan anda hanya menggunakan MM% antara 3% hingga 5% maksimum dari jumlah modal anda

2. kiraan nya, jika anda memilih 5%
= 5% x modal ( katakanlah modal anda $500)
= $25.00


Stop Loss

1. Maksimum 50 pips
2. Pada swing high / low sebelumnya ( tidak lebih 50pips )
3. Pada high / low candle sebelumnya ( tidak lebih 50pips )


Take Profit

1. Kita gunakan Risk To Reward Ratio = 2:1 , 3:1


Contoh Pengiraan bagi konteks SL , TP dan maksimum lot berdasarkan modal semasa anda.

Anggap modal terkini : $500
MM % : 5% : $25.00
Stoploss : 50pips

Anda ingin trade pair EURUSD sebanyak satu post.
Berapakah lot selamat yang perlu anda buka sesuai dengan modal dan MM% ?

= $ 25.00 / 50pips
= $ 0.50 / pips
= utuk akaun standard, anda hanya boleh buka 1 position sahaja dengan max lot 0.05

Risk To Reward Ratio = 2:1 = 2 ( Take profit ) : 1 ( Stop Loss ) = 100pips : 50pips


PENTING

Adakalanya apabila anda memasuki sesuatu position, price terus bergerak mengikut position yang ada masuk.Pada ketika ini anda telah profit.
Price terus bergerak dan nila profit anda semakin bertambah sehinggalah hampir 10pips dari Take Profit target anda, price terus reverse dan berlawanan arah lalu terkena Stop Loss.

Apa yang dapat saya rumuskan disini, melalui pengalaman saya...

1. Sila perhatikan major Snr.Besar kemungkinan price akan membuat reversal di sekitar zon ini.Jika, TP anda melangkaui zon SnR ini adalah lebih baik anda close secara manual position anda.Jangan biarkan keuntungan yang anda sepatutnya perolehi menjadi satu kerugian kepada anda.

2. Kenalpasti trend utama, mungkin price yang sedang bergerak mengikut position anda itu hanya membuat retracement.Jika perkara ini berlaku, besar kemungkinan peluang Take Profit anda untuk kena adalah kurang terutama jika take profit point itu berada lebih / melangkaui dari swing high/ low sebelumnya.