SUPPORT & RESISTANCE
APA ITU SUPPORT?
Bagi pemahaman saya, support ialah di mana suatu zon yang cuba menahan price daripada menuju pergi lebih jauh ke bawah.
Ia bertindak seperti lantai. bayangkan anda ada sebiji bola getah.Kemudian anda lantunkan bola getah tersebut pada lantai.sudah pasti bola tersebut akan melantun kembali ke atas.( tlg jgn lakukan betul2,silap haribulan, boleh terkena muka.cukup sekadar anda bayangkan sahaja)
APA ITU RESISTANCE?
Bagi pemahaman saya, resistance ialah di mana suatu zon yang bertindak menahan price daripada menuju pergi lebih jauh ke atas.
Ia bertindak seperti syiling ( bukan duit syiling ). Bayangkan lagi, bola getah yang dalam bayangan anda...anda lantunkan ke atas pula.apabila terkena syiling bola tersebut akan melantun ke bawah.
Begitu lah sifat resistance yang menghalang pergerakkan price untuk pergi lebih jauh ke atas.
ADAKAH SIFAT SUPPORT DAN RESISTANCE ITU KEKAL?
Kalau dunia ini sempurna dan kekal, Ya sudah pasti support dan resistance ini akan kekal tetapi malangnya kita bukan hidup di dalam dunia yang sempurna dan kekal wahai kawan2.
Zon support dan resistance ini tidak akan kekal selamanya.Lambat laun price akan menembusi zon tersebut.
Tetapi bersyukur dan bergembiralah, setiap kejadian itu ada hikmahnya dan hikmahnya melalui penembusan zon ini lah yang membuka peluang untuk kita masuk position buy@sell dan (InsyaAllah) menjana keuntungan.Betapa Agungnya Allah itu :)
BAGAIMANA UNTUK MENDAPATKAN ZON SUPPORT DAN RESISTANCE?
Zon ini kita boleh dapatkan daripada pengamatan mata kasar kita pada price sebelumnya.
Sekiranya anda scroll chart ke masa2 terdahulu, dapat anda lihat sebahagian price bermain pada level2 tertentu dan level2 itu lah yang akan menjadi petunjuk zon support dan resistance bagi pergerakkan price di masa hadapan.
Tak faham? saya akan sertakan video asas yang saya dapat di dalam youtube.