Pivot

PIVOT

Segelintir Professional forex trader menggunakan pivot point sebagai alat bantuan untuk menentukan potensi support dan resistance.
Jangan berimiginasi berlebihan kerana Pivot point adalah sangat simple, ianya seperti Support dan Resistance.
Ada kemungkinan di level pivot ini kemungkinan price akan berubah arah.

Pivot point adalah objektif.

Di zaman yang serba canggih ini telah tercipta indikator yang akan meletakkan level2 pivot secara automatik.senang kan? tak perlu lagi anda mengira dan menarik horizontal line untuk meletakkan secara manual.

Pivot point sangat berguna terutama kepada trader2 yang suka short term trade.
Cara trade menggunakan pivot adalah sama seperti anda trade menggunakan zon Support dan Resistance.

Penggunaan Pivot Dalam Trading

Kaedah trade pivot menyamai Supoort dan resitance, sekiranya price menembusi resistance ( R1, R2, R3 ), kemungkinan besar price akan menuju ke resistance seterusnya adalah sangat tinggi.Begitu juga jika sekiranya price menembusi support (S1, S2, S3 )

Secara umumnya, jika price berada atas garisan pivot ( Pivot - R1 - R2 - R3 ) maka market adalah bullish.price akan cenderung untuk menuju ke Resistance seterusnya.Jadi,sebagai contoh, anda boleh meletakkan P.O pd atas garis resistance R1, TP pada resistance seterusnya R2 dan SL pd pivot.
Begitu juga untuk keadaan sekiranya price berada di bawah pivot, market adalah bearish.

Dalam keadaan market yang biasa, price lebih banyak bermain di sekitar S1-Pivot-R1.
Sekiranya pada hari yang banyak news keluar, price boleh bergerak melangkaui / hingga ke R3 atau S3.

Jadi dalam hal ini, saya cukup tekankan penggunaan MM yang betul bagi menjaga modal anda.


Penggabungan Pivot dan SnR
Dalam Kaedah trading price action, penggunaan Support n Resistance itu bagi saya amat penting.
Secara umumnya pivot juga bertindak sebagai garisan support dan resistance.

Penggabungan kedua2 cara ini boleh di lakukan dan ianya amat berkesan.Sekiranya garisan pivot bertindih/hampir dengan zon support n resistance, peluang untuk level itu menahan price untuk bergerak lebih lanjut adalah sangat tinggi.Dalam keadaan ini anda juga harus mengenalpasti bentuk2 candlestick pada pertindihan level2 ini.

Sekiranya anda ingin cuba trade menggunakan kaedah pivot ini dan memerlukan indicator pivot, saya boleh memberi nya pada anda atau dengan cara lebih pantas anda download sahaja indicator tersebut di internet dan ianya percuma :)

penggunaan pivot pada chart