Trading plan adalah sangat penting bagi membentuk diri anda sebagai seorang trader yang berdisplin dan berjaya dan dalam masa yang sama akan membuatkan anda bertahan lama di dalam dunia trading ini
Trading plan memerlukan DISIPLIN yang sangat tinggi / kuat.
Saya tak main-main dengan perkataan yang saya "caps-lock" tersebut.
Sekiranya anda serius untuk menjadi forex trader sepenuh masa, bebas hutang, bebas masalah kewangan, hidup dengan bermakna dengan kejayaan - anda harus tahu, perlu ada trading plan dan anda perlu DISIPLIN yang kuat.
Kenapa anda memerlukan Trading Plan
Ia bermula dalam diri anda, persoalan apa yang perlu di lakukan? kenapa? mengapa? bagaimana? dalam konteks trading forex.
trading plan sebenarnya dapat membantu anda dalam mengatasi masalah membuat keputusan yang buruk pada keadaan yang tak stabil ( emosi ).
Emosi yang tidak baik adalah pembunuh utama trader.
Melalui trading plan yang bagus dan sesuai dengan personaliti anda, percaya lah ia dapat minimumkan peratusan untuk anda melakukan sesuatu keputusan yang buruk dalam trading dan dapat meningkatkan peratusan keputusan yang bagus.Ia umpama guidance dalam kehidupan seharian anda sebagai seorang trader.
Displin, kenapa ia sangat penting dalam trading plan
Trading forex bukanlah sesuatu yang memerlukan anda memecut laju. Ia adalah sesuatu perkara yang perlu anda lakukan secara konsisten dan sabar agar anda memperolehi profit yang konsisten.
Konsisten itu adalah hebat dan ianya adalah kunci kepada Trader yang berjaya.
Untuk konsisten anda perlu sabar dan mempunyai DISIPLIN yang tinggi dalam mengikut trading plan anda.
Merencanakan Trading Plan anda
Di sini saya sertakan soalan bagi membantu anda untuk membuat trading plan anda sendri
1. Apakah yang menjadi motivasi buat anda bagi menjadi forex trader?
2. Apa yang anda harapkan melalui forex trading? ( jujur dan realistik )
3. Berapa profit yang anda target ( berdasarkan modal anda ) dalam sehari/seminggu/sebulan/setahun? ( jujur dan realistik )
4. Berapa % dari modal yang anda sanggup risiko kan dalam setiap trade?
5. Berapa lama masa yang anda sanggup/boleh luangkan untuk trade dalam sehari? ( jawapan kepada soalan ini dapat membantu anda memilih jenis trader yang sesuai dengan waktu anda )
6. Berapa banyak pulangan yang anda harapakan berdasar kepada modal anda?
( jawapan kepada soalan ini dapat membantu anda menentukan Risk Reward Ratio yang sesuai dan memainkan peranan penting dalam menentukan anda adalah trader yang bagaimana )
7. Apa yang anda harus lakukan sebelum anda membuat keputusan untuk memasuki position?
8. Apakah perkara yang menyebabkan anda tertekan sewaktu trade dan bagaimana untuk anda elakkan ia?
9. Bagi diri anda sensiri, Pada waktu bilakah anda boleh dan tidak boleh trade (sesuai dan tidak sesuai) ?
( baru lepas bergaduh, lapar, hati senang, sakit perut, sedang memandu, sedang mandi, etc.... )
Jujurlah pada diri anda, jawab soalan dengan seikhlas hati dan realistik.kerana segalanya akan menentukan perjalanan trading plan anda untuk membentuk diri anda sebagai seorang trader berjaya atau yang melingkup