Fibonacci

FIBONACCI

Entry yang di tulis dengan penuh bahan rujukan.
Fibonacci sangat subjektif, setiap trader mempunyai cara tersendiri untuk menggunakan nya.tiada ketetapan dan apa yang boleh saya katakan sekiranya diberi kepada 10 orang trader untuk menggunakan fibo ini, pasti anda akan melihat 10 hasil yang berlainan tetapi asas nya tetap sama iaitu mencari level untuk price membuat reversal dan juga boleh digunakan utk Stop Loss / Take Profit point.

Fibonacci yang anda lihat pada MT4 ialah ratio dalam fibonacci yang tercipta dari hasil "tambah" dan "bahagi" nombor2 fibonacci seterusnya di darabkan dengan 100% . 

Fibonacci ini mempunyai sequence nombor nya yang tersendiri.
Dari mana datangnya nombor2 itu? hmm...malangnya Leonardo Fibonacci telah mati lebih seratus tahun yang lalu, jadi saya tak berkesempatan untuk berjumpa dan bertanya soalan ini padanya.

Ok, kita lupakan hal sejarah, asal usul dan penemu nombor dan ratios yang ajaib ini.Kita fokus pada hal utama kita, iaitu penggunaan fibonacci untuk trading dalam konteks price action.


FIBONACCI RETRACEMENT

1. Anda harus kenal pasti trend dan swing high dan swing low yang ter - "latest"
2. tarik fibonacci retracement dari titik swing high ke swing low atau sebaliknya
3. anda akan lihat terbentuk garisan2 di chart anda
4. sila fokus pada point-point ratio ini 23.6, 38.2, 61.8, 78.6, 161.8 dan 261.8

sila klik gambar untuk paparan lebih besar


FIBONACCI EXPANSION

1. Kenal pasti : LL , HH dan HL ( bullish ) atau HH, LL , LH ( bearish ) yang terbaru pada chart
2. Fibonacci Expansion mempunyai 3 point.bagi point Bullish, anda harus letakkan point pertama pada LL, point kedua pada HH dan point ketiga pada HL ( bentuknya seperti V terbalik ) . Bagi point bearish, point pertama dalah pada HH, point kedua pada LL dan point ketiga pada LL ( bentuknya seperti huruf V ).
3. Sila fokus pada level2 ini  61.8, 100, 127.2 untuk meletakkan Pending Order dan juga TP. SL di letakkan pada previous swing low atau ikut MM anda ( saya nasihatkan MM 3% hingga 5% maksimum )

sila klik gambar untuk paparan lebih besar


Tambahan Maklumat

Sebahagian trader yang pernah saya jumpa, ada yang menggunakan fibonacci semata2 untuk trade, di mana sekiranya anda tarik dengan tepat,level2 fibonacci ini boleh digunakan sebagai garisan SnR untuk pergerakkan price di masa hadapan.

Ada juga yang menggabungkan Fibonacci dengan zon SnR di mana Fibonacci digunakan sebagai medium term price action (retracement ) sebelum price bergerak lebih lanjut ke arah Support atau resistance yang seterusnya atau untuk menentukan sesuatu zon SnR itu kuat atau tidak sekiranya ia bertindih dengan level-level utama  Fibonacci.


Sila lihat video yang saya cilok dari youtube untuk tambahan ilmu anda tentang Fibonacci: