Assalamulaikum dan Salam Sejahtera
Terima kasih kerana mengunjungi blog/laman web ini.
Forex? (Foreign-Exchange)
Kebelakangan ini ramai rakyat malaysia ni mula menceburkan diri dalam dunia penjanaan sumber pendapatan melalui internet/media elektronik atau yang sama dengannya.
Ramai juga memilih Forex sebagai sumber pendapatan sampingan atau sumber pendapatan utama.
Ia menjadi semakin ramai apabila kedaan ekonomi Malaysia menjadi tidak menentu akibat :
1. politik ( bab politik tak mau tekan sangat, nanti kena "block",hahahaha)
2. kadar taraf hidup yang semakin tinggi tidak setanding dengan jumlah pendapatan yang anda dapat.
Sehingga artikel ini di tulis, saya sendiri pun bukanlah seorang trader forex yang kaya raya dan tidaklah 100% berjaya.Dalam kejayaan mendapat profit, saya sendiri masih loss tetapi dengan money management yang baik dan disiplin, profit yang saya perolehi mengatasi loss.
Dengan hasil forex ini, saya mampu membayar sewa rumah, ansuran kereta
bil dan sedikit keperluan dapur dengan ditambah hasil rezeki isteri yang membuat perniagaan sampingan lain.Bagi saya, ini pun dah besar rahmat daripada langsung tiada apa2 dan dengan izin Allah, Dia memberi ilmu ini melalui asbab khalifahnya di bumi.Terima Kasih Cikgu.

Bagi saya, rezeki yang saya perolehi ini cukup bermakna dan saya amat bersyukur, kira ok la sebab modal saya pada permulaan hanyalah $20. Keluarga saya bukanlah dari golongan yang banyak duit dan saya dibesarkan dalam keadaan yang sederhana...hmm mungkin bawah sedikit dari sederhana.cukup2 makan sahaja,Jadi dengan profit yang sebegini bagi saya cukup bermakna dan saya sentiasa berusaha untuk menaikkan lagi nilai profit seharian melalui latihan2 di akaun demo pada hujung minggu melalui alat bantuan strategi tester/backtest.
Pengiraan dan Pemahaman saya dalam forex adalah seperti berikut:
Contoh, Modal Permulaan : $100
MM Risk : 3% - 5%
MM Risk : 3% - 5%
sehari target profit : 20pips ( target kecik tidak akan stress )
sebulan : 400pips
( average dapat dalam 300-400pips sebulan , antara 3 petang hingga tgh malam. ok la kan, daripada tak dapat apa2.rezeki juga ni.berpadanan dengan modal)
Modal $100
Modal $100
Lot paling kecil : 0.01 = $0.10/pips ( 4 decimal ) = $0.01/pips ( 5 decimal )
Sehari : 20pips = $2.00
Sebulan ( 20 hari trade ) = $40.00
Sebulan ROI = 40% ( tolak ada hari yang rugi mungkin bersih 25%-30% )
Saya xpernah lagi dengar investment yang sebulan dapat 25%-30% , dan paling menarik anda control sendiri duit anda.
Sekiranya anda berjaya membuat 20pips sehari ( tak kisah berapa pips minimum yang anda target ) selama sebulan yakni 20pips/hari selama 20hari trade...anda dah boleh berangan/niat nak sedekahkan sebahagian keuntungan yang anda dapat ini kepada Masjid,anak yatim,asnaf,fisabilillah,zakat,golongan yang memerlukan...INGAT,rezeki bukan hak kita semuanya...
Sehari 20pips konsisten selama sebulan itu adalah tanda2 awal anda berada di laluan yang tepat untuk menjadi seorang trader yang berjaya.
TETAPI...laluan nya bukanlah semudah menyuapkan nasi ke mulut yang sedang lapar...
TETAPI dengan ilmu dan pengurusan diri yang betul ia akan mudahkan anda..
MAKA, carilah ILMU dan GURU , paling penting BERSUJUD pada ALLAH

Sebab apa saya target pips?
Kalau kita target pips, profit itu akan datang dengan sendiri tetapi kalau kita target profits ( sangat berkehendak pada duit ) , insyaAllah anda akan stress dan dari situ akan timbul pembukaan lot yang besar hingga melawan nilai MM risk anda.Ini dapat menghancurkan akaun anda dengan pantas.Ini adalah pemahaman saya, tidak semestinya ia sama dengan trader lain.Setiap trader mempunyai cara yang tersendiri dalam memahami konsep trading bagi mendapatkan target yang sama iaitu - PROFIT.

Kenapa Price Action?
Bagi saya , dalam trading forex, price action adalah sangat penting.kerana price action adalah asas utama dalam pembetukan segala analisis dan indikator.
Analisis price action satu satunya yang jarang membohongi kita.
Ditambah dengan pengurusan kewangan ( money management ) yang bagus, disiplin yang tinggi di mana akan saya kongsikan juga dalam blog ini, insyaAllah popit itu akan sentiasa dengan anda.
Apa2 pun, rezeki itu hak Allah.
Trading tanpa price action umpama anda membawa kereta yang tiada "brake" . Ia nya boleh di lakukan iaitu memandu tetapi ia sangat2 tidak digalakkan...anda faham maksud saya kan?
Kenapa Blog/Laman Web ini dibuat
Tujuan utama saya adalah untuk berkongsi ilmu dan juga sebagai medium untuk saya menambahkan sedikit lagi sumber pendapatan. Bohong sangat la kalau saya cakap sekadar nak bagi suka-suka.Setiap yang terjadi ada sebab dan hikmah.Saya pun manusia biasa macam anda juga,hahahaha...
Apa yang saya tahu, saya akan share, Apa yang anda tahu anda share dan apa yang kita tak tahu, tergolek merangkak terlentang kita sama2 cari jawapan.
Melalui blog/web ini juga mungkin akan menjadi asas kepada trader2 baru untuk belajar sesuatu sebelum melangkah dengan bergaya dan serius dalam laluan menjadi seorg forex trader part time mahupun full time.
Nasihat dan Renungan....
Berpijak lah di bumi yang nya, Forex bukan skim cepat kaya pak man telo.
Forex bukan medan untuk anda menganggap ia dapat memberi kekayaan dengan sekelip mata.
Forex ialah satu medium untuk anda mencari sumber pendapatan sampingan mahupun tetap TETAPI haruslah disertakan dengan ILMU, DISIPLIN yang KUAT, MONEY MANAGEMENT yang BAGUS supaya anda dapat membuat KEUNTUNGAN yang KONSISTEN ( BERTERUSAN ) walau bermula dengan modal yang kecil.Sikit2 lama2 jadi bukit...bersabarlah wahai sahabat....

Harapan
Saya berharap suatu hari nanti saya akan menjadi seorang forex trader yang berjaya ( tapi tak mau lah menjadi seorang yang banyak duit tetapi lupa kepada Allah.nauzubillah) dan saya pun berharap anda yang yang sedang membaca, mencari ilmu forex ini berjaya di dunia dan akhirat walau apa jua jalan,teknik,pendekatan yang anda gunakan dalam mencari kebahagian hidup melalui forex trading.
Belajarlah dengan gembira dan bersyukurlah dengan nikmat yang kita perolehi walau sekelumit.
Saya mengharapkan teguran, cadangan dan pembetulan ilmu dari kawan2 trader semua.
wassalam...
tags : forex price action hafizzat rusli carigold forex forex terbaik holy grail forex chart pattern fibonacci omma ally bbma mocaz copytrade fxprimus instaforex kelas forex teknik forex sebenar malaysia forex team signal forex analisa forex daily weekly h4 h1 scalping swing intraday